Utama > SMA(A) ILMI - SYARAT KEMASUKAN DAN CARA MEMOHON

12-Feb-2020

SEK. MEN. AGAMA (ARAB) ILMI

PROFAIL SEKOLAH | SYARAT KEMASUKAN | SENARAI YURAN ] 
MATA PELAJARAN | PAKAIAN SERAGAM | AKTIVITI PELAJAR ]

 

SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus UPSR dengan sekurang-kurangnya 2A dan PSRA Jayyid Jiddan*.
  3. Menguasai asas-asas bacaan, penulisan dan kefahaman - B. Melayu, B. Inggeris, B. Arab dan Jawi.
  4. Mampu dan berkebolehan untuk menghafal 5 - 7 baris ayat al-Quran setiap hari.
  5. Lulus ujian temuduga (lisan dan kefahaman) daripada pihak sekolah.
  6. Permohonan hendaklah disertai dengan keputusan peperiksaan seperti berikut:
    • Ke Tingkatan 1 - keputusan UPSR dan PSRA
    • Ke Tingkatan 2,3 atau 5 - keputusan peperiksaan akhir tahun pada tahun sebelumnya
    • Ke Tingkatan 4 - keputusan PT3
  7. Waris berkemampuan untuk menjelaskan yuran pengajian sebanyak **RM300.00 setiap bulan. [ SENARAI YURAN ]

*Kepada yang tidak menepati syarat 2A dan PSRA Jayyid Jiddan dan ingin memohon, sila hubungi pihak sekolah untuk berbincang.
**Tertakluk kepada sebarang perubahan

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online [ KLIK SINI ]
  2. Pendaftaran dibuka setiap masa.
  3. Serahkan salinan dokumen berikut secara pos/serahan tangan ke alamat - SMA(A) ILMI, No 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor :-
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Surat Berhenti Sekolah
    • Salinan UPSR & PSRA atau setaraf dengannya (permohonan ke Tingkatan 1 sahaja)
    • Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun (permohonan ke Tingkatan 2,3 & 5 sahaja)
    • Salinan keputusan PT3 (permohonan ke Tingkatan 4 sahaja)
  4. Panggilan untuk ujian kemasukan akan dibuat pada awal Disember.
  5. Keputusan ujian kemasukan akan dimaklumkan paling lewat seminggu selepas tarikh ujian.
  6. Pelajar yang melepasi ujian sahaja layak membuat pendaftaran pada bulan Disember.