Image Banner

SRI : TAKWIM KESAKTI 2024

Sempena Kejohanan Sukan Tahunan ILMI (KESAKTI) 2024, pada 24 hingga 28 Jun 2024 akan berlangsung latihan sukantara, pertandingan sukantara, raptai perbarisan dan penyampaian hadiah sukantara.
 
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ)
  • Acara Baling Bola dalam Bakul
  • Acara Tarik Bola Guna Gelung
  • Acara Peluk Bola
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ‘ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ’)
  • Acara Susun Tin
  • Acara Gelukon
  • Acara Bola Lanun
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ‘ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ“ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ”)
  • Acara Susun Tapak
  • Acara Push Roller
  • Acara Lantun dan Masuk
 
Kemuncak KESAKTI 2024 adalah pada 30 Jun 2024 yang menjadi penentu rumah sukan manakah bakal bergelar JUARA KESELURUHAN KESAKTI 2024
 
 
 
 
Selamat Maju Jaya kepada semua!
LAGI

SMI : KAMIL GASIS 2024

Alhamdulillah kemenangan yang sangat bermakna buat ILMI sekaligus melayakkan ILMI mewakili GASIS ke Saringan Negeri menentang sekolah2 PITAS yang akan berlangsung pada 13 Julai 2024 di UiTM Shah Alam.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing yang telah memberi komitmen terbaik seterusnya menghasilkan keputusan yang membanggakan ini.
 
Terima kasih ibubapa yang memberi sokongan dan dorongan, pihak SRII yang memberi laluan menggunakan surau, bilik APD dan Intensif bagi melancarkan lagi latihan2 peserta KAMIL. Tidak dilupakan juga kepada pihak PIBG yang sentiasa menyokong usaha melahirkan bakat-bakat pelajar.
 
Next misi Juara di Saringan Negeri PITAS.
 
KEPUTUSAN RASMI KAMIL GASIS 2024
 
 
Johan
1. Khutbah MR
2. Khutbah MA
3. Hafazan MR (P)
4. Khat MR (L)
5. Nasyid (L)
6. Nasyid (P)
7. Musammarah (L)
8. Khat MA (P)
9. Syarahan Bahasa Melayu MR (L)
10. Syarahan Bahasa Inggeris MR (P)
11. Syarahan Bahasa Arab MR (L)
12. Tilawah MR (L)
 
Naib Johan
1. Khat MA (L)
2. Hafazan MR (L)
3. Khat MR (P)
4. Syarahan Bahasa Melayu MA (P)
5. Syarahan Bahasa Inggeris MR (L)
6. โ Debat Bahasa Melayu
 
Tempat ketiga
1. Tilawah MA (P)
2. Syarahan Bahasa Melayu MR (P)
 
 
 
Unit Sukan & Kokurikulum ILMI
 
LAGI

SRI : PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU

Pada 10 Jun 2024 jam 8 pagi bertempat di Dataran ILMI berlangsungnya masjlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu oleh Ustaz Mazlan Awang, Guru Besar SRII ILMI.

Sempena Minggu Bahasa Melayu, pelbagai pertandingan diadakan untuk murid-murid SRII ILMI. Hadiah menarik menanti para pemenang.
ย 
Minggu Bahasa Melayu bermula dari 10-14 Jun 2024 dan dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SRII ILMI.
ย 
ย 
LAGI

SMI : TAHNIAH PELAJAR SPM 2023

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang menerima keputusan SPM 2023 atas kejayaan yang diperoleh.

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru dan ibu bapa atas usaha dan pengorbanan selama ini.

Semoga kejayaan yang diperoleh memberi manfaat kepada yang lain dan terus berjaya di masa yang akan datang.

LAGI

SMI : SUKMAS KALI KE 6

ILMI mewakili zon Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) telah menyertai buat kali pertama dalam Kejohanan Sukan Sekolah Tahfiz & Agama Peringkat Negeri Selangor kali ke 6 (SUKMAS) yang dianjurkan oleh PITAS Selangor pada 20 Mei 2024 (Isnin) yang lalu bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

Kekuatan kontinjen seramai 51 orang dan diiringi 8 orang guru pembimbing telah menyertai 5 jenis acara iaitu Bola Sepak, Bola Tampar (L) & (P), Bola Jaring, Badminton (L) & (P) dan Ping Pong (L) & (P). Kontinjen ini turut diperkuatkan dengan tambahan pemain daripada sekolah gabungan GASIS yang lain iaitu

Sek Men Islam Manarat Darus Salim -Smidas- dan Sek Men Islam Integrasi Pintar Saujana Utama - SMITI Banting - AsSyakirin.

Alhamdulillah ILMI & GASIS berjaya membawa pingat untuk beberapa acara iaitu :-

1- JUARA BADMINTON (P) [2023 - Ketiga]
2- NAIB JUARA PING PONG (P) [2023 - Ketiga]
3- KETIGA BOLA TAMPAR (P) [penyertaan kali pertama]

Manakala Bola Tampar L telah mendapat tempat keempat. Adapun acara Bola Sepak, Bola Jaring & Badminton (L) sekadar penyertaan untuk kali ini.

~Bangga ILMI~

Berbekalkan latihan hanya 1-3 hari sahaja dan tanpa sumber kewangan yang kukuh, ILMI mampu memperoleh keputusan yang sangat membanggakan.

Alhamdulillah. InsyaAllah tahun ini apa yang kita sasarkan menjadi juara telah diperoleh dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing yang telah bertungkus lumus berlatih dan bertanding dengan semangat penuh kesukananan.

Terima kasih kepada pihak pentadbir ILMI dan PIBG yang terus memberi sokongan pembangunan sukan & kokurikulum ILMI dan tidak lupa juga buat Ibubapa yang terus memberi sokongan dan dokongan untuk kemenjadian anak-anak ini.

Terima kasih semua!

_Unit Sukan & Kokurikulum ILMI_

#DemiILMI
#SemangatILMI
#3dekadilmi
#membentukgenerasirabbani
#ilmidihati
#sukmas

LAGI

SRI : PERTANDINGAN KAMIL GASIS 2024

Alhamdulillah, pada 18 Mei 2024 (Sabtu) yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2024 Gabungan Sekolah Islam Selangor bertempat di Sekolah Islam Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Kontinjen ILMI telah menghantar 34 orang peserta bagi menyertai 11 acara yang dipertandingkan.

๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™ช๐™ฉ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™ช๐™ข๐™ช๐™ข๐™ ๐™–๐™ฃ:-

Hafazan & Tafsiran Tahap 2 (P)- JOHAN
Syarahan BA Tahap 2 (P)- JOHAN
Nasyid (P)- NAIB JOHAN
Menulis Khat Tahap 2 (L) - TEMPAT KETIGA

Tahniah kepada semua pemenang, para peserta dan guru pembimbing yang telah berusaha memberi 100% komitmen walau terlibat dengan jadual yang padat di bulan Mei ini.

Sekalung penghargaan diucapkan juga kepada semua barisan pentadbir, rakan guru dan ibu bapa yang terus memberi sokongan yang jitu.

Semoga ILMI terus berkembang dan mampu melakar nama di peringkat yang lebih tinggi. INSYAALLAH...

"MEMBENTUK GENERASI RABBANI"

#KAMILGASIS2024
#MembentukGenerasiRabbani

LAGI

SRI : WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN MURID 2024/2025

๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Alhamdulillah selesai Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid Sek Ren Islam Integrasi ILMI bagi sesi 2024/2025 yang dibarisi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Mudah-mudahan taklifan yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Semoga anak-anak ILMI terus melangkah dengan adab dan ilmu. Keprihatinan bimbingan yang berterusan daripada para guru juga diharap terus memicu jiwa kepimpinan di dalam diri anak-anak ILMI bagi mencapai matlamat kita iaitu "MEMBENTUK GENERASI RABBANI"

#PengawasSekolah
#PengawasPusatSumber
#PembimbingRakanSebaya
#KetuaKelasPenolongKetuaKelas
#BadanKepimpinanMurid
#MembentukGenerasiRabbani

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner