25 Mac 2024 - Alhamdulillah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Amalan Terbaik iaitu Program 3S Senyum, Salam dan Sapa melalui interkom sekolah dengan jayanya.
Program 3S Senyum, Salam dan Sapa diadakan bagi;
-membentuk peribadi murid sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah, tetamu yang hadir dan rakan-rakan.
Amalan 3S sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga ILMI dalam membentuk suasana harmonis.
SENYUM bermaksud Memberikan senyum pada raut wajah serta bibir ketika berjumpa dengan orang lain agar orang lain merasa nyaman ketika berjumpa.
SALAM pula bermaksud suatu tindakan untuk memberikan rasa damai atau menyatakan hormat kepada orang lain. Contohnya, memberi salam dengan ucapan "assalamualaikum ustaz, assalamualaikum ustazah" sekiranya terserempak dengan guru.
SAPA ialah Tegur sapa ramah akan mencairkan suasana menjadi akrab. Dengan menyapa orang lain akan rasa lebih dihargai. Contoh sapa ialah apabila bertemu org lain, kita bertanya khabar mereka.
Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap semua murid mampu menjadi murid yang beradab dan berakhlak baik dengan sentiasa senyum dan memberi salam ketika bertemu guru.
"Membentuk Generasi Rabbani"
#program3S
#senyumsalamsapa
#membentugenerasirabbani